Piala Suzuki AFF : Malaysia lawan Thailand

Malam ini Malaysia akan bertemu dengan Thailand dalam perlawanan akhir pertama dalam Piala Suzuki AFF 2014. Perlawanan akhir pertama ini akan dilangsungkan di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 17 Disember, 2014. Manakala perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil akan berlangsung pada 20 Disember 2014. Bagi yang tidak sempat membeli tiket, anda boleh menonton secara langsung di siaran televisyen tempatan.


Sistem pepenjuru kawalan (SPK)
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai matematik dalam sukan bola sepak. Mungkin boleh cuba intai - intai malam ini. Sistem pepenjuru kawalan adalah sistem yang digunakan oleh urusan pengadil untuk mengawal keseluruhan padang dalam setiap perlawanan bola sepak. Secara matematik, sistem ini menyediakan cara yang terbaik supaya keputusan yang betul boleh dengan mudah diambil oleh pengadil. SPK digunakan sebagai kaedah standard oleh Sir Stanley Rous. Beliau merupakan bekas pengadil dan juga Presiden FIFA 1961-1974.

Bagaimana sistem ini digunakan
Menurut sistem ini, kedua-dua orang pembantu pengadil bergerak di sepanjang separuh padang bola sepak yang bertentangan antara satu sama lain, manakala pengadil utama meliputi semua padang yang tidak "dikawal" oleh dua pembantu pengadil tadi, Ini membolehkan pengadil untuk bergerak dalam gerakan yang malar tanpa perlu berpaling berpaling ke belakang untuk berhenti, dan kemudian berpaling dengan sekata dan cepat

Melihat kepada rajah di bawah, adalah jelas bahawa dari segi geometri, ini adalah cara terbaik untuk pengadil mengawal padang. Sebagai pensyarah matematik saya sekali lagi yakin bahawa matematik mempunyai pengaruh yang besar terhadap bola sepak. Pengetahuan dalam matematik dan aplikasinya membuat permainan bola sepak yang begitu hebat dan menarik. Orang-orang seperti Ottmar Hitzfeld, Dennis Bergkamp, ​​Johan Cruyff telah mencapai kejayaan besar dalam bola sepak bukan sahaja kerana bakat besar mereka, tetapi kerana mereka mempunyai persefahaman untuk kaedah-kaedah matematik.
math2ever

Malaysia lawan Thailand
Jadi malam ini bolehlah kita semuanya terutama pelajar - pelajar kejuruteraan matematik mengamati sistem Sistem pepenjuru kawalan ini. Selain menonton perlawanan bola sepak, kita juga dapat belajar. Bak pepatah melayu, Sambil menyelam minum air.
Powered by Blogger.