Syarat Minimum Kemasukan Ke Politeknik Malaysia
Selama lebih 46 tahun sejak penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969, Politeknik di Malaysia telah mengorak langkah dalam pembangunan dan perubahan yang pesat dalam segala bidang dalam usaha melahirkan pelajar - pelajar yang bergraduasi di peringkat profesional dan separa profesional terutama dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti, teknologi maklumat dan perkhidmatan selain menjana laluan alternatif ke pendidikan tinggi, iaitu ke IPTA ataupun IPTS untuk pelajar lepasan menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) serta lulusan politeknik dan kolej komuniti. Hingga kini terdapat 3 politeknik premier yang menawarkan pengajian dalam bidang ijazah pertama iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru. Berbeza dengan dua jenis politeknik yang lain yang menawarkan pengajian dalam bidang diploma, 3 politeknik premier ini adalah merupakan 3 buah politeknik yang pertama menawarkan bidang ijazah pertama seumpamanya.
Muat Turun Brochure ini
Terdapat tiga jenis politeknik iaitu politeknik premier, politeknik konvensional dan politeknik metro
Politeknik - Politeknik di Malaysia
Sehingga kini terdapat 33 buah politeknik di seluruh negara antaranya adalah :
- Politeknik Ungku Omar (PUO) 1969
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) 1976
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) 1984
- Politeknik Kota Bharu (PKB) 1985
- Politeknik Kuching, Sarawak (PKS) 1987
- Politeknik Port Dickson (PPD) 1990
- Politeknik Kota Kinabalu (PKK) 1996
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Dikenali sebagai Politeknik Shah Alam sehingga 2002) (PSA) 1997
- Politeknik Johor Bahru (PJB) 1998
- Politeknik Seberang Perai (PSP) 1998
- Politeknik Kota Melaka (PKM) 1999
- Politeknik Kota Kuala Terengganu (PKKT) 1999
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Dikenali sebagai Politeknik Dungun, Terengganu sehingga 2006) (PSMZA) 2001
- Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) 2002
- Politeknik Sultan Azlan Shah (Dikenali sebagai Politeknik Tanjong Malim sehingga 2004) (PSAS) 2002
- Politeknik Kulim, Kedah (PKU) 2002
- Politeknik Sultan Idris Shah (Dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam sehingga 2005) (PSIS) 2003
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (Dikenali sebagai Politeknik Perlis, Perlis sehingga 2006) (PTSS 2003)
- Politeknik Muadzam Shah (PMS) 2003
- Politeknik Mukah (PMU) 2005
- Politeknik Balik Pulau (PBU)
- Politeknik Jeli (PJK)
- Politeknik Nilai (POLINILAI)
- Politeknik Banting (POLIBANTING)
- Politeknik Mersing (PMJ)
- Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
- Politeknik Sandakan (PSS)
- Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
- Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
- Politeknik Metro Betong (PMBS)
- Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
- Politeknik Pagoh Johor
Syarat Minimum Matematik Kemasukan Ke Politeknik Malaysia
Secara amnya, pelajar - pelajar yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik harus mempunyai kepujian dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan. Ini adalah keperluan bagi mereka yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan bidang teknologi maklumat (ICT).
Secara amnya, pelajar - pelajar yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik harus mempunyai kepujian dalam subjek Matematik / Matematik Tambahan
Post a Comment