e ≈ 2.7182182

e ≈ 2.7182182 adalah merupakan antara nombor yang tidak rasional (irrational number) yang selalu digunakan dalam matematik terutama dalam bidang logarithma. Maka ia adalah merupakan salah satu nombor yang paling penting dalam matematik. Untuk pengetahuan, nombor yang tidak rasional adalah nombor nyata yang tidak boleh ditulis dalam pecahan yang mudah.

Beberapa digit pertama bagi e adalah:
2.7182818284590452353602874713527........ (dan seterusnya)
Nombor Euler
Ia sering dipanggil nombor Euler diambil sempena nama Leonhard Euler. e adalah asas kepada
 Logaritma Asli (dicipta oleh John Napier). e didapati dalam banyak bidang yang menarik dan menjadi kemestian kepada kita untuk memahami dan mempelajari. Cara yang senang untuk mengingati nombor ini adalah 

selepas '2.7' nombor '1828' muncul dua kali seperti 2.7 1828 1828


Irrational number yang lain
  1. π, pi adalah nombor tidak rasional yang terkenal. Ahli matematik mendapati bahawa π adalah nomobr yang mempunyai lebih dari satu suku juta tempat perpuluhan yang tidak ada corak nombor yang sama. Beberapa digit pertama kelihatan seperti ini: 3.1415926535897932384626433832795 (dan seterusnya ...)

  2. φ Golden Ratio adalah juga nombor tidak rasional yang terkenal. Beberapa digit pertama kelihatan seperti ini: 1.61803398874989484820... (dan seterusnya ...) 

  3. Kebanyakan nombor punca kuasa adalah seperti punca kuasa dua (square roots), punca kuasa tiga (cube roots) adalah nombor tidak rasional.
    Contohnya: √3 = 1.7320508075688772935274463415059 

Fakta menarik mengenai nombor ini
Hippasus (salah seorang pelajar Pythagoras) yang berjaya menemui nombor yang tidak rasionalketika cuba untuk menulis punca kuasa dua 2 sebagai satu pecahan. Beliau mengatakan bahawa disebabkan kita tidak dapat menulis punca kuasa dua 2 sebagai satu pecahan maka nombor itu tidak rasional.

Tetapi pengikut Pythagoras yang lain tidak dapat menerima pernyataan tersebut dan dikatakan bahawa Hippasus telah dibunuh dengan dilemaskan di laut sebagai hukuman dari tuhan-tuhan!
Powered by Blogger.