Hutang dua puluh ringgit dapat balik tiga ratus empat puluh

Berhutang. Sebagai manusia dewasa biasanya kita tidak akan dapat lari dari berhutang. Dapat sahaja kerja, kebanyakkan kita akan terus membeli kereta, rumah dan sebagainya. Modalnya senang sahaja, kalau berkerja dengan kerajaan, hanya perlu ada penyata gaji dan akan dapatlah "loan" sebuah kereta.

Info hutang negara
Pada tahun 2014, Malaysia mencatatkan Hutang Kerajaan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 54,80 peratus daripada negara KDNK. Kerajaan Hutang Kepada KDNK di Malaysia pada purata 47,80 Peratus dari tahun 1990 sehingga 2013, mencapai tahap paling tinggi 80,74 Peratus pada tahun 1990 dan rekod yang rendah 31,80 Peratus pada tahun 1997. Hutang Kerajaan berbanding KDNK di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan, Malaysia.




Hutang dua puluh ringgit dapat balik tiga ratus empat puluh
Pernahkan kita berhutang dengan orang tetapi tidak perlu bayar semula? Pasti seronok kan. Caranya mudah sahaja. Mari saya terangkan secara matematik menggunakan bidang trigonometri. Katakan kita ingin melakar kedudukan sudut -20° (sudut negatif -20°). Secara kasar kita akan melakarkan sudut tersebut pada kuadran yang keempat kerana tanda negatif menunjukkan sudut tersebut harus dilukis dari garis 0° arah ikut jam (clockwise direction). Rujuk rajah di bawah untuk penjelasan lebih lanjut.

Walaubagaimanapun sekiranya, dibaca dari arah lawan ikut jam (anticlockwise direction)., sudut -20° adalah 340°

- 20° = 340°

Betulkan? Sekiranya kita meminjam 20 akan dapat semula 340 guna pemahaman dalam bidang trigonometri dalam matematik.
Powered by Blogger.