Matematik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Penilaian para pelajar di Malaysia acapkali mengalami perubahan nama dari SRP kepada PMR dan sekarang tahun 2014 diubah kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Menurut sumber yang berkaitan menunjukkan hanya 80 pelajar mendapat semua gred A daripada 450,000 calon yang menduduki PT3. Pentaksiran yang diadakan buat kali pertama pada bulan Oktober adalah haasil daripada usaha untuk meningkatan mutu pendidikan negara.

Namun perkara yang mengejutkan adalah apabila dibandingkan dengan pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun lepas, Seramai 30988 daripada 422506 pelajar yang menduduki PM berjaya mendapatkan semua A pada semua mata pelajaran yang diambil. Jauh bezanya itu,

Tidak seperti PMR, semua kertas PT3 terdiri soalan subjektif. Ujian telah dijalankan dan disemak oleh guru sekolah masing dan markah pelajar disahkan oleh pentaksir dari Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Pencapaian Matematik PT3 tahun 2014
Menurut PISA pada tahun 2012 pelajar hanya mencapai di bawah purata, kedudukan 52 daripada 65 negara dalam mata pelajaran Matematik. Sebaliknya, pelajar Vietnam berada di kedudukan 17 daripada 65. Malaysia juga berada di kedudukan 39 daripada 44 negara-negara di bawah penilaian pertama PISA  dalam kebolehan penyelesaian masalah, jika dibandingkan dengan negara jiran Singapura yang berada di kedudukan teratas. Dalam TIMSS 2011, kedudukan Malaysia dalam Matematik jatuh dari 20 pada tahun 2007 kepada 26 pada tahun 2011 manakala kedudukannya dalam Sains merosot daripada 21 pada tahun 2007 kepada 32 pada tahun 2011. Pencapaian Matematik jatuh dari 474 pada 2007. Adakah ini petanda yang baik untuk anak - anak kita dan yang lebih penting adakah PT3 ini boleh menjadi penanda aras baru bagi sistem pendidikan di negara ini.?

Format Soalan Matematik PT3
Penerangan Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respon secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.
Tempoh Dua jam
Konstruk
  1. Pengetahuan, Kefahaman dan Kemahiran
  2. Kaedah Penskoran
  3. Analitik
Bentuk Ujian Objektif atau subjektif
Jenis Item Respon terhad / berstruktur / objektif pelbagai bentuk
Tajuk Tugasan dibangunkan dalam lingkungan sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tiga
Pelaksanaan Berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan
Pemeriksaan Dilakukan oleh guru berpandukan panduan penskoran
Mode Murid memberikan respon secara individu

Contoh soalan PT3
Saya sedang berusaha untuk mencari seberapa banyak contoh soalan PT3 untuk subjek Matematik dan yang lain - lain. Teruskan membaca blog ini untuk mendapatkan "link" untuk "download" soalan - soalan itu. Satu dulu ya.

Soalan Pentaksiran Tingkatan 3 2014


Powered by Blogger.